Tuesday 22 November 2011

restu ibubapa

pernahkah kita terfikir, apakah sumbangan kita kepada ibu dan ayah yang melahirkan,mengasuh, dan mendidik kita menjadi orang yang berguna?cuba renungkan sejenak,betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap kita . tetapi pernahkah kita bertanya,apakah sumbangan kita kepada mereka? Dalam mencapai kecemerlangan dan mendapat ilmu yang diredhai,hubungan dengan ibu bapa  amat di tekankan.ingatlah wahai diriku,kecemerlangan  tidak ade ertinya  jika tidak mendapat restu daripada ibubapa.jasa ibu bapa tidak ternilainya.


ibu sanggup berkorban siang dan malam mendidik dan  membesarkan kita,ilmu dan pelajaran agar kita menjadi insan yang berguna.ibu sanggup menghadapi kesusahan dan keperitan,sedangkan mereka tidak pernah mengharapkan balasan daripada anaknya?ibu tempat untuk bermanja,mengadu masalah,atau tempat  untuk meluahkan perasaan sedih dan duka.ibu sanggup berkorban  dalam semua perkara demi anak-anaknya.termasuklah pelajaran.tiada ibu yang sanggup melihat anaknya gagal.


perjuangan ibu seiring dengan pengorbanan bapa.ibu dan bapa saling bergandingan melentur anak mereke menjadi insan berjaya .wlaupun mereka sendiri serba kekurangan,tetapi semuanya dapat diatasi dengan sabar .semuanya untuk kepentingan anak-anaknya.oleh itu, dalam meniti kejayaan dan kecemerlangan ,janganlah kita lupa jasa mereka yang telah berkorban dengan pelbagai cara demi kesejahteraan anaknya.

Berilah mereka kejayaan kita.peliharalah mereka ketika mereka memerlukan kita tidak semestinye mereka sudah tua baru kita pelihara mereka. doakanlah kesejahteraan mereka selalu tidak kira kita berada dimana pun.

No comments:

Post a Comment