Friday 28 December 2012

dugaan si penghuffaz

NODA SANG HUFFAZ ."Aku sekarang dah tak percaya kat budak-budak yang hafal quran.""Aku tengok ramai budak yang hafiz, tapi perangai tak melambangkan dia seorang penghafal al-quran.""A'ah betul jugak. Nama je hafiz, tapi kadang-kadang banyak masalahnya. Kadang-kadang duk bergayut calling dengan perempuan sampai tengah malam, keluar dating, makan dengan perempuan, tepuk tampar dengan perempuan. Ahh banyak lagi lah.""Aku pun hairan, sepatutnya bila dah ada al-quran dalam diri tu, makin bertambah baik, jaga akhlak, jaga hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tapi yang berlaku ialah sebaliknya. Malah lebih teruk dari orang yang tak hafal quran."Saya tersedak dan termakan cili, kerana saya faham bagaimana situasinya seorang penghafal quran.Saya ada tanggungjawab yang terbeban dalam dada. Tanggungjawab menanggung sebuah kitab firman dari Tuhan yang Maha Esa dan Kuasa.Ya, saya sepatutnya lagi tahu hukum hakam. Tapi, syaitan ada juga mengekori saya.Dan saya tau itu bukan alasan untuk seorang penghafal quran membela diri dan menafikan dosa yang dilakukan. kerana hakikatnya, yang salah tetap salah. dosa tetap dosa, pahala tetap pahala.Saya sedar dosa saya. dan tolong doakan saya menjadi penghafal Quran yang beramal dengan hafalannya.Cuma, kalau anda melihat kawan-kawan saya, para huffaz di luar sana sedang leka. Tolong jangan hukum mereka.Mungkin mereka memerlukan sedikit masa untuk mencari hakikat diri. Mengenali hakikat kehidupan. Naluri keseronokan yang setiap manusia dambakan. Mereka baru sahaja terdedah dengan realiti dunia yang sebenar, sebab sebelum ini mereka terpenjara di sekolah, menerima tarbiyah terus menerus daripada sang ustaz, tanpa diperlihatkan kepada realiti sebenar masyarakat di luar. Mereka terkejut dengan budaya baru yang sedang mereka lalui.Sebagai seorang manusia biasa, yang serba lemah. adakalanya mereka juga terpedaya dan tewas dalam genggaman nafsu syaitan durjana. sama seperti yang lain.Hanya itu yang mampu saya katakan. Memang itulah kelemahan setiap manusia. Kadang-kadang lalai, walaupun telah menggunung ilmu di dada. Apakan daya, sifat manusia itu sendiri sering melakukan kesilapan dan dosa.Hakikatnya, insya Allah, satu hari nanti mereka tahu kemana jalan untuk mereka ‘KEMBALI’. kerana Al-Quran itu sudah ada dalam hati mereka, tinggal masa yang menentukannya. semoga dipercepatkan tempoh penemuan mereka itu.Kita sama-sama doakan. doa senjata mukmin.tapi, selagi anda mampu menegur, tegurlah kesalahan kami. :)SESUNGGUHNYA MUKMIN ITU BERSAUDARA

Thursday 1 March 2012

duri kehidupan

                 sudah lama aku rasa aku tidak melihat blogku,tapi di pagi yang indah dengan hujan renyai-renyai mebasahi bumi trengganu iniaku terasa hendak membuka blogku yang sudah lama tidak disentuh.kenapalah kadang-kadang time kesedaran dan motivasi ada kat dalam diri ini semangat belajar pun tinggi,x hiraukan orang lain.tapi apabila benda itu semua tiada di dalam diri ini,macam tiada tujuan je hidup ini,asyik makan dan tidor je!!!  ape la nak jadi dengan diri ini.


               kenapa la susah diri ini untuk menghadap dengan buku ni!!!apabila buke je buku terus menguap la ,rasa lapar ,rasa mengantuk la.begitu banyak godaan syaitan datang time ni!!!aduh!!!mengeluh aku di buatnya.tapi kalau bersukan sampai peluh seluruh badan pun tak pe!!terfikir sejenak di fikiran kenape diri ini tidak samakan membaca buku dengan bermain iaitu dari segi semangatnya,kesungguhannya dan pengorabanannya.


               apa yang terjadi dalam diri ini  pun tak tahu,apa nak jadi la!!!!orang trengganu kata : berat nanang!!!  final exam  hanya tinggal 3 hari je lagi,apa yang nak dijawab  pun x tahu didalam exam nanti!!!lagi-lagi mata pelajaran FIQH MUMALAT & FIQH  SIRAH lansung tak baca-baca apa.


      maafkan  ya umi dan abi  sekiranya anak mu yang nakal  ini menjadi seperti form 3 balik,dengan sifat malasnya yang bertambah dan bermain semakin bertambah!!!! tak tahu la apa nak jadi dengan anakmu seorang ini!!!!


                        insyaallah lepas final exam  bercerita tentang 2 sem berada dibilk yang sama!!!