NODA
SANG HUFFAZ ."Aku sekarang dah tak percaya kat budak-budak yang hafal
quran.""Aku tengok ramai budak yang hafiz, tapi perangai tak
melambangkan dia seorang penghafal al-quran.""A'ah betul jugak. Nama je
hafiz, tapi kadang-kadang banyak masalahnya. Kadang-kadang duk bergayut
calling dengan perempuan sampai tengah malam, keluar dating, makan
dengan perempuan, tepuk tampar dengan perempuan. Ahh banyak lagi
lah.""Aku pun hairan, sepatutnya bila dah ada al-quran dalam diri tu,
makin bertambah baik, jaga akhlak, jaga hubungan antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram. Tapi yang berlaku ialah sebaliknya. Malah
lebih teruk dari orang yang tak hafal quran."Saya tersedak dan termakan
cili, kerana saya faham bagaimana situasinya seorang penghafal
quran.Saya ada tanggungjawab yang terbeban dalam dada. Tanggungjawab
menanggung sebuah kitab firman dari Tuhan yang Maha Esa dan Kuasa.Ya,
saya sepatutnya lagi tahu hukum hakam. Tapi, syaitan ada juga mengekori
saya.Dan saya tau itu bukan alasan untuk seorang penghafal quran
membela diri dan menafikan dosa yang dilakukan. kerana hakikatnya, yang
salah tetap salah. dosa tetap dosa, pahala tetap pahala.Saya sedar dosa
saya. dan tolong doakan saya menjadi penghafal Quran yang beramal dengan
hafalannya.Cuma, kalau anda melihat kawan-kawan saya, para huffaz di
luar sana sedang leka. Tolong jangan hukum mereka.Mungkin mereka
memerlukan sedikit masa untuk mencari hakikat diri. Mengenali hakikat
kehidupan. Naluri keseronokan yang setiap manusia dambakan. Mereka baru
sahaja terdedah dengan realiti dunia yang sebenar, sebab sebelum ini
mereka terpenjara di sekolah, menerima tarbiyah terus menerus daripada
sang ustaz, tanpa diperlihatkan kepada realiti sebenar masyarakat di
luar. Mereka terkejut dengan budaya baru yang sedang mereka
lalui.Sebagai seorang manusia biasa, yang serba lemah. adakalanya mereka
juga terpedaya dan tewas dalam genggaman nafsu syaitan durjana. sama
seperti yang lain.Hanya itu yang mampu saya katakan. Memang itulah
kelemahan setiap manusia. Kadang-kadang lalai, walaupun telah menggunung
ilmu di dada. Apakan daya, sifat manusia itu sendiri sering melakukan
kesilapan dan dosa.Hakikatnya, insya Allah, satu hari nanti mereka tahu
kemana jalan untuk mereka ‘KEMBALI’. kerana Al-Quran itu sudah ada dalam
hati mereka, tinggal masa yang menentukannya. semoga dipercepatkan
tempoh penemuan mereka itu.Kita sama-sama doakan. doa senjata
mukmin.tapi, selagi anda mampu menegur, tegurlah kesalahan kami.
:)SESUNGGUHNYA MUKMIN ITU BERSAUDARA