Tuesday 29 January 2013

sekadar renungan bersama

 بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum....sidang pembaca sekalian....

    Alhamdulilah pertama kali dan buat selama-lamanya kita bersyukur kepada sang pencipta kita yang mempunyai segala sifat kesempurnaan,maha agung,maha kuasa dan maha memiliki segala sifat.kesempurnaan.Dia amat mengetahui apa yang tersembunyi di dalam dada dan pada segala mata yang mengkhianat.Dan dia akan bertanya kepada segala pendengaran,penglihatan ,hati dan lain-lain lagi pada hari akhirat kelak.Marilah kita perbanyakkan  berselawat kepada nabi kita yang begitu banyak pengorbanan baginda sehingga kehari ini saat ini kita dapat menikmati nikmat islam dan iman(اللهم صلى علي محمد وعلى سيدنا محمد).
yang saya hormati saudara dan saudari sidang pembaca sekalian.

Dari abu hurairah radiallahu'anhu,Nabi s.a.w. bersabda

 إن الله لا ينظر الى أجساد كم ولا الى صور كم ولكن ينظر الى قلوبكم

    maksudnya:sesungguhnya Allah Taala tiada memandang kepada jasadmu dan tiada juga kepada rupa kamu,tetapi ia memandang kepada hati kamu.

   Berdasarkan hadis diatas ingin memberitahu kepada kita bahawa walaupun muka kita hodoh sekali manapun,badan kita tuft macam mana pun tidak kira la berketul-ketul ataupun tidak allah tidak akan memandangnya tetapi Allah s.w.t memandang ataupun menilai hati kita.Bagaimana kita nak berjumpa Allah s.w.t. dengan hati yang gelap,penuh dengan hutang, memakan rezeki yang tidak halal dan lain-lain lagi menyebabkan hati kita ini menjadi gelap. Janganlah kita biarkan sedemikian rupa berlaku kepada kita,dan tidak dapat dinafikan memang manusia ini tidak lari dari melakukan kesilapan.melainkan nabi kita iaitu Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Hati memainkan peranan penting kepada diri  kita sekiranya kita tidak menghiasi hati kita ini dengan selawat dan amalan-amalan soleh maka hati kita ini menjadi gelap.Demikian itu, Hati gelap ini juga merupakan salah satu faktor kegagalan kita dalam menuntut ilmu.adakah kita sedar kenapa ketika kita belajar begitu susah kita untuk menerima sesuatu ilmu itu inilah salah satu faktornya.iaitu hati yang dipenuhi dengan perasaan ingin selalu melakukan kejahatan.

Seyogianya,saya berpesan kepada diri saya yang lemah ini dan para2 sahabat sekalian marilah kita memperubati hati kita dengan selalu mengingati Allah dan Rasul dan melakukan segala amalan soleh dan sunat, kerana amalan sunat inilah yang menjadi penampung ataupun penampal kepada ibadah2 wajib. Apabila hati ini selalu mendekati Allah nescaya Allah permudahkan segala urusan kita didunia mahupun di akhirat.

wallahualam,

assalamualikum>>>