Tuesday 27 December 2011

pemandangan dalam perjalan ke kg.orang asli,pos brooke,













perjalanan yang penuh dengan cabaran,pos brooke merupakan kawasan penenpatan orang asli,dia mempunyai banyak kg.kampung ku lawati ialah kg.jedik.iaitu 15 minit dari cameron highland

Friday 2 December 2011

bersyukur dengan ketentuan

aku rasa bersyukur kerana allah telah menentukan aku bersekolah disini,walaupun sekolah ini x cukup dengan kemudahan seperti makmal sains,dan lain2 lagi,cuma yang adanye pustaka,kelas,surau,kantin,padang.
inilah warga pendidik mmrp, yang selalu di hati ini,yang tidak berputus ase dalam mencurahkan ilmu mereka kepada pelajar.termasuk sekali warga pembantu sekolah.


selain daripada ilahi, dan doa ibubapa.sekiranya tanpa mereka mencurah ilmu mungkin aku x dapat menjejaki ke alam universiti ini.aku betul2 bersyukur kepada allah.!





                                    

Tuesday 22 November 2011

restu ibubapa

pernahkah kita terfikir, apakah sumbangan kita kepada ibu dan ayah yang melahirkan,mengasuh, dan mendidik kita menjadi orang yang berguna?cuba renungkan sejenak,betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap kita . tetapi pernahkah kita bertanya,apakah sumbangan kita kepada mereka? Dalam mencapai kecemerlangan dan mendapat ilmu yang diredhai,hubungan dengan ibu bapa  amat di tekankan.ingatlah wahai diriku,kecemerlangan  tidak ade ertinya  jika tidak mendapat restu daripada ibubapa.jasa ibu bapa tidak ternilainya.


ibu sanggup berkorban siang dan malam mendidik dan  membesarkan kita,ilmu dan pelajaran agar kita menjadi insan yang berguna.ibu sanggup menghadapi kesusahan dan keperitan,sedangkan mereka tidak pernah mengharapkan balasan daripada anaknya?ibu tempat untuk bermanja,mengadu masalah,atau tempat  untuk meluahkan perasaan sedih dan duka.ibu sanggup berkorban  dalam semua perkara demi anak-anaknya.termasuklah pelajaran.tiada ibu yang sanggup melihat anaknya gagal.


perjuangan ibu seiring dengan pengorbanan bapa.ibu dan bapa saling bergandingan melentur anak mereke menjadi insan berjaya .wlaupun mereka sendiri serba kekurangan,tetapi semuanya dapat diatasi dengan sabar .semuanya untuk kepentingan anak-anaknya.oleh itu, dalam meniti kejayaan dan kecemerlangan ,janganlah kita lupa jasa mereka yang telah berkorban dengan pelbagai cara demi kesejahteraan anaknya.

Berilah mereka kejayaan kita.peliharalah mereka ketika mereka memerlukan kita tidak semestinye mereka sudah tua baru kita pelihara mereka. doakanlah kesejahteraan mereka selalu tidak kira kita berada dimana pun.

Saturday 12 November 2011

DIRI

tanda akal seseorang itu adalah pekerjaannya dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannye

Tuesday 25 October 2011

jalan kehidupan & ibunda

hidup ini hanya seketika,bekalan perjalan menuju ilahi yang x pasti panjang singkatnye,bila2 masa kita akan dipanggil pergi untuk dikira segala kerja kita lakukan di dunia,


terbayang ketika didalam buaian di timang,dimanja,dibelai dan di sayang,kasihmu mu bunda tiada bertepi,pengorbananmu tiada tandingan,takkan mampu aku membalas segala pengorbanan mu!
kau do'aku citaku,kau syurgaku didunia ini,dirimu kan selalu ade di satu daging di dalam diri ini yang dinamakan sebagai hati! bertahta dijiwa di setiap langkahku, doamu ibu kekuatanku,restumu jalanku menuju ke syurga,moga tuhan sayangi mu seperti kau sayangiku dikala kecilku!!!!!!

Saturday 24 September 2011

kehidupan


erti hidup ada di mana-mana,walau di bandar besar,kota raya,ceruk desa waima di jalanan yg kotor dan sesak sekalipun...
erti hidup itu berbeza-beza bukan kerana apa yang kita ada tapi apa yang kita rasa...
bahagia yang di cari bukan pada harta segunung tinggi,tapi bahagia itu datang apabila kita sentiasa bersyukur dengan apa yang di beri....
bahagia itu terlalu universal,ada yang kaya raya tapi masih berduka,dan yang miskin pula masih mampu tersenyum dan gembira...

Friday 23 September 2011

dari seorang ibu

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu